Search This Blog

Monday, 5 September 2011

Lokasi


Seperti dalam tamadun awal yang lain, sungai juga menjadi nadi utama dalam pembentukan tamadun Hwang Ho. Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning. Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464 km) dan terletak di bahagian utara negara China. Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur. Lokasi tamadun ini jauh daripada pusat-pusat tamadun dunia yang lain. Ciri-ciri fizikalnya yang bergunung-ganang dan berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat setempat.
Dari segi agama dan keperluan, masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeisme. Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang. Selain itu, mereka juga menyembah tuhan syurga (Shang-ti) dan tuhan bumi (Tu), di samping penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung. Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian, dan upacara korban. Upacara penyembahan ini akan diketuai oleh golongan bomoh. Satu lagi keunikan tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang. Tulang yang ditemui ini dikenali sebagai tulang oracle. Fungsi tulang oracle adalah untuk meramal sesuatu keadaan. Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.





yellow_river.jpg
Lokasi tamadun Hwang Ho

No comments:

Post a Comment