Search This Blog

Monday, 5 September 2011

Kerangka Masa

Kemunculan tamadun ini dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Men yang dikatakan hidup pada sekitar tahun 400 000 S.M. . Jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik. Zaman Neolitik pula muncul pada sekitar tahun 5000 S.M..  Pada era inilah munculnya aktiviti pertanian dan penternakan. Dinasti beraja pertama di china diasaskan oleh Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205-1766 S.M..Namun, belum  ada bukti sejarah yang dapat mengesahkan kewujudan Dinasti Hsia ini sebagaimana Dinasti Shang yang telah dapat dibuktikan kewujudannya melalui jumpaan arkeologi yang menandakan permulaannya pada sekitar tahun 1766-1050 S.M.. Pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang. Ini telah mendorong suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei di bahagian barat mengambil kesempatan untuk menyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Shang dengan pemerintahan Dinasti Chou dari tahun 1050 S.M. hingga tahun 256 S.M..


peking_man_skull.jpg
Tengkorak Peking Men


homo-sapiens.jpg
Homo sapien


No comments:

Post a Comment