Petempatan awal yang berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar.
Anyang
v merupakan salah satu contoh negara kota dalam tamadun Hwang Ho.
v terletak di kawasan tanah tinggidi Sungai Huan.
v terdapat istana,kuil,dan pusat pentadbiran.
v ketua pemerintah,iaitu raja,golongn pembesar,dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar
v dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.
Susun lapis dalam organisasi sosial masyarakat Shang memperlihatkan golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja.Sedangkan lapisan bawahan,iaitu golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk,mendiami kawasan di luar bandar,iaitu di sekeliling negara kota ini.Dlam lapisan ini terdapat juga golongan artisan.Golongan ini wujud sebahagian besarnya disebabkan oleh kemahiran yang muncul dalam tamadun Shang,iaitu penguasaan mereka dalam teknologi gangsa.Gangsa telah digunakan bagi menghasilkan senjat,perisai danhiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera,serta peralatan untuk upacara keagamaan.Oleh sebab golongan pembesar sahajayangmampu memiliki tentera dan senjata gangsa ini,maka,golongan ini telah dapat menggunakan keistimewaan merekaini untuk menundukkan golongan bawahan.Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang.
Sistem organisasi sosial yang wujud telah membawa kepada pengkhususan pekerjaan.Sebagaimana yang dijelaskan di atas,golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing.Terdapat dua kumpulan tentera,iaitu tentera yang menggunakan kereta kuda dan tentera berjalan kaki.Di samping itu,golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiranberperanan memenuhikeperluan golongan atasan.Golongan inilah yang telah membentuk kumpulan artisan.Golongan artisan ini telah mereka cipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan dan barang tembikar.
Golongan hamba pula berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.
| |||
No comments:
Post a Comment