Search This Blog

Tuesday, 6 September 2011

Sumbangan Tamaduun Hwang Ho (Secara Ringkas)

Segi politik
a) Gelaran raja ditukar kepada maharaja
b) Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja(maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan hingga abad ke-20.

Segi Ekonomi
a)Pembinaan system pengairan
b)Terusan dibina untuk
-Mengairkan kawasan pertanian
-Mengelakkan banjir
-Pembangunan dalam sector pertanian
-Pembajakan
-Penciptaan cangkul dan sabit
-Petani menggunkan batas untuk tujuan penanaman
-Alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi

Sistem Tulisan
a)Masih dugunakan hari ini

Kepercayaan
a)Pemujaan roh nenek moyang
b)Konsep Yin dan Yang
c)Feng Hsui
d)Sistem kalendar diperkenalkan untuk:
-Menetukan musim menanam
-Musim menuai
-Perkahwinan
-Perburuan
-Pengkebumian
e)Pengamalan falsafah SunTzu, iaitu karyanya, The Art Of War yang sekarang diaplikasikan        sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

Tembok Besar China


Dalam tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti yang telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar, beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China.

beijing-great-wall-map.gif
Peta Tembok Besar China

 800px-greatwall_2004_summer_4.jpg
Tembok Besar China

Peperiksaan Awam


Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusateraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu pendidikan rendah, menegah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.
Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap satu ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah kedua pula layak menjadi pendidik. Peperiksaan awam tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun sementara peperiksaan awam tahap kedua dan tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.
peperiksaan awam: Peperiksaan ini dikendalikan dengan ketat. Mereka yang didapati meniru dikenakan hukuman mati. Untuk memastikan tidak berlaku penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan. Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam blilik dengan disediakan makanan, malah mereka dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho dari Pengalaman Falsafah Perang Sun Tzu


Terdapat satu lagi sumbangan penting tamadun Hwang Ho yang cuba digunakan sehingga hari ini, iaitu pengalaman falsafah perang Sun Tzu. Karyanya, the Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana menangani musuh telah diulang cetak ke dalam plebagai bahasa. Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

rb06531001.jpg
the Art of War

Sumbangan Tamadun Hwang Ho dari Segi Kepercayaan


Salah satu kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujuaan roh nenek moyang. Unsur pemujuan yang telah dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian masa. Misalnya, unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas dan barangan perhiasan. Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini. Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun. Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai. Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti uparaca perkahwinan, perburuan ataupun pengkebumian.
Yin dan Yang: Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi, iaitu Yin dan Yang. Yin ialah kuasa pasif dan Yang ialah kuasa aktif.
Feng Hsui: Falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar terutama tentang bagaimana manusia boleh hidup secara harmoni dengan alam sekitar.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho dari Sistem Tulisan


Salah satu sumbangan penting tamadun Hwang Ho ialah sistem tulisannya. Sistem tulisan ini berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini. Penggunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan. Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China. Malahan tulisan ini terus berkembang dengan penggunaanya oleh orang Korea dan Jepun.

chinese-b.jpg
Tulisan China

Sumbangan Tamadun Hwang Ho dari Segi Ekonomi


Dalam aspek ekonomi, banyak sumbangan telah dicapai. Salah satu aspeknya ialah pembinaan sistem pengairan. Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain menglakkan berlakunya banjir. Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut. Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Pada zaman ini juga petani juga mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.

mfaj085j0.jpg
Sistem Pengairan

Sumbangan Tamadun Hwang Ho dari Segi Politik

Dari segi politik, tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno. Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching. Hanya sedikit perubahan dilakukan terutama gelaran raja ditukar kepada maharaja. Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja ditukar kepada maharaja. Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja (maharaja) dan amalan putaran dinasti deteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.

Agama dan Keperluan


Dari segi agama dan keperluan, masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeisme. Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang. Selain itu, mereka juga menyembah tuhan syurga (Shang-ti) dan tuhan bumi (Tu), di samping penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung. Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban. Upacara penyembahan ini akan diketuai oleh golongan bomoh. Satu lagi keunikan tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang. Tulang yang ditemui ini dikenali sebagai tulang oracle. Fungsi tulang oracle adalah untuk meramal sesuatu keadaan. Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.
Amalan penilikan tulang oracle ini membawa kepada kemunculan sistem bertulis awal di China. Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea msyarakat tempatan untuk mencipta tulisan. Tulisan China ini berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol. Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai. Namun demikian, tilisan ini mula berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat pada hari ini.
Shang-ti dan Tien: Shang-ti merupakan dewa tertinggi di syurga dan merujuk pada nenek moyang pemerintah Shang. Orang China kuno mempercayai satu kuasa agung yang dikenali sebagai Tien. Konsep Tien sukar dijelaskan, tetapi Tien boleh dimaksudkan sebagai suatu makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam semesta. Tien kadang-kadang dirujuk sebagai syurga. Pemikiran ini seterusnya mempengaruhi konsep Yin dan Yang.

oracle.jpg
Tulang oracle

Dinasti Chou

Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kaepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini. Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kerpada pemerintah Chou, di samping memberikan hadiah seperti kereta kuda, sengata gangsa, hamba dan binatang. Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang. Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.

Susun Lapis dalam Organisasi Sosial Masyarakat Shang


 Susun lapis dalam organisasi sosial masyarakat Shang memperlihatkan golongan raja dan pembesar memduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja. Sedangkan lapisan bawahan, iaitu golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk, mendiami kawasan di luar bandar, iaitu di sekeliling negara kota ini. Dalam lapisan ini terdapat juga golongan artisan. Golongan ini wujud sebahagian besarnya disebabkan oleh kemahiran yang muncul dalam tamadun Shang, iaitu penguasaan mereka dalam teknologi gangsa. Gangsa telah digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan unuk upacara keagamaan. Oleh sebab golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa ini, maka, golongan ini telah dapat menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bawahan. Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba. Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang.


picture.jpg
                                                   Susun lapis masyarakat tamadun Hwang Ho






morecfca051993ff25a469b6.jpg
Senjata gangsa

bronzeshieldofkingpharnakesiwhor-1.jpg
Perisai gangsa
                                                 

                          
                                             
 

Sistem Organisasi Sosial

Sistem organisasi sosial yang wujud telah membawa kepada penglhususan pekerjaan. Sebagaimana yang dijelaskan di atas, golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing. Terdapat dua kumpulan tentera, isitu tentera yang menggunakan kereta kuda dan tentera berjalan kaki. Di samping itu, golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan. Golongan inilah yang telah membentuk kumpulan artisan. Golongan artisan ini telah mereka cipta pelbagai barabgan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar. Golongan hamba pula berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.

Monday, 5 September 2011

Sistem Pemerintahan ( Dinasti Shang)

Sistem Pemerintahan ( Dinasti Shang)
Þ    Berbentuk pemerintahan beraja ( Pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja)
Þ    Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama.
·         Berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran
Þ    Kuasa raja merupakan mandat daripada Tuhan ( Jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintahan itu direstui Tuhan)
·         Raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik ( keturunan pemerintah agama)
Þ    Dibantu oleh golongan bangsawan dan pengawai kerajaan (Urusan pentadbiran raja)
Þ    Dibantu oleh golongan bangsawan ( Wilayah di luar pusat pentadbiran)
Þ    Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang)






Sistem Pemerintahan ( Dinasti Chou)
Þ  Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini
Þ  Mengikat pembesar tempatan MELALUI IKRAR TAAT SETIA kepada pemerintah Chou
·       Memberikan hadiah ( kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang)
·       Diminta melindungi raja
·       Memberikan bantuan tentera pada masa perang
·       Diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

Lokasi


Seperti dalam tamadun awal yang lain, sungai juga menjadi nadi utama dalam pembentukan tamadun Hwang Ho. Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning. Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464 km) dan terletak di bahagian utara negara China. Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur. Lokasi tamadun ini jauh daripada pusat-pusat tamadun dunia yang lain. Ciri-ciri fizikalnya yang bergunung-ganang dan berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat setempat.
Dari segi agama dan keperluan, masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeisme. Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang. Selain itu, mereka juga menyembah tuhan syurga (Shang-ti) dan tuhan bumi (Tu), di samping penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung. Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian, dan upacara korban. Upacara penyembahan ini akan diketuai oleh golongan bomoh. Satu lagi keunikan tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang. Tulang yang ditemui ini dikenali sebagai tulang oracle. Fungsi tulang oracle adalah untuk meramal sesuatu keadaan. Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.





yellow_river.jpg
Lokasi tamadun Hwang Ho

Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho

Pembinaan tamadun ini berasaskan peranan Hwang Ho yang telah menyuburkan kawasan sekitarnya. Keadaan ini menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan awal di kawasan tersebut. Tapak Banpo yang berdekatan Bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho. Penduduk di kawasan ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul hasil hutan dan memburu. Perkembangan petempatan awal ini telah melahirkan beberapa buah Bandar di Lembah Hwang Ho.


Salah sebuah Bandar awal tamadun Hwang Ho ialah Anyang. Bandar ini merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang. Pembentukan Dinasti Shang telah membawa banyak lagi kemajuan, Khususnya dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho. Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.

Bandar Sian
Sungai Yangtze
Anyang

Kerangka Masa

Kemunculan tamadun ini dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Men yang dikatakan hidup pada sekitar tahun 400 000 S.M. . Jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik. Zaman Neolitik pula muncul pada sekitar tahun 5000 S.M..  Pada era inilah munculnya aktiviti pertanian dan penternakan. Dinasti beraja pertama di china diasaskan oleh Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205-1766 S.M..Namun, belum  ada bukti sejarah yang dapat mengesahkan kewujudan Dinasti Hsia ini sebagaimana Dinasti Shang yang telah dapat dibuktikan kewujudannya melalui jumpaan arkeologi yang menandakan permulaannya pada sekitar tahun 1766-1050 S.M.. Pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang. Ini telah mendorong suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei di bahagian barat mengambil kesempatan untuk menyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Shang dengan pemerintahan Dinasti Chou dari tahun 1050 S.M. hingga tahun 256 S.M..


peking_man_skull.jpg
Tengkorak Peking Men


homo-sapiens.jpg
Homo sapien


Ciri-ciri Tamdun Hwang Ho

             Petempatan awal yang berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar.
Anyang
v  merupakan salah satu contoh negara kota dalam tamadun Hwang Ho.
v  terletak di kawasan tanah tinggidi Sungai Huan.
v  terdapat istana,kuil,dan pusat pentadbiran.
v  ketua pemerintah,iaitu raja,golongn pembesar,dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar
v  dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.
            Susun lapis dalam organisasi sosial masyarakat Shang memperlihatkan golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja.Sedangkan lapisan bawahan,iaitu golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk,mendiami kawasan di luar bandar,iaitu di sekeliling negara kota ini.Dlam lapisan ini terdapat juga golongan artisan.Golongan ini wujud sebahagian besarnya disebabkan oleh kemahiran yang muncul dalam tamadun Shang,iaitu penguasaan mereka dalam teknologi gangsa.Gangsa telah digunakan bagi menghasilkan senjat,perisai danhiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera,serta peralatan untuk upacara keagamaan.Oleh sebab golongan pembesar sahajayangmampu memiliki tentera dan senjata gangsa ini,maka,golongan ini telah dapat menggunakan keistimewaan merekaini untuk menundukkan golongan bawahan.Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang.
            Sistem organisasi sosial yang wujud telah membawa kepada pengkhususan pekerjaan.Sebagaimana yang dijelaskan di atas,golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing.Terdapat dua kumpulan tentera,iaitu tentera yang menggunakan kereta kuda dan tentera berjalan kaki.Di samping itu,golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiranberperanan memenuhikeperluan golongan atasan.Golongan inilah yang telah membentuk kumpulan artisan.Golongan artisan ini telah mereka cipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan dan barang tembikar.
            Golongan hamba pula berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.

Sungai Huan