Search This Blog

Tuesday, 6 September 2011

Sumbangan Tamaduun Hwang Ho (Secara Ringkas)

Segi politik
a) Gelaran raja ditukar kepada maharaja
b) Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja(maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan hingga abad ke-20.

Segi Ekonomi
a)Pembinaan system pengairan
b)Terusan dibina untuk
-Mengairkan kawasan pertanian
-Mengelakkan banjir
-Pembangunan dalam sector pertanian
-Pembajakan
-Penciptaan cangkul dan sabit
-Petani menggunkan batas untuk tujuan penanaman
-Alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi

Sistem Tulisan
a)Masih dugunakan hari ini

Kepercayaan
a)Pemujaan roh nenek moyang
b)Konsep Yin dan Yang
c)Feng Hsui
d)Sistem kalendar diperkenalkan untuk:
-Menetukan musim menanam
-Musim menuai
-Perkahwinan
-Perburuan
-Pengkebumian
e)Pengamalan falsafah SunTzu, iaitu karyanya, The Art Of War yang sekarang diaplikasikan        sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

Tembok Besar China


Dalam tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti yang telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar, beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China.

beijing-great-wall-map.gif
Peta Tembok Besar China

 800px-greatwall_2004_summer_4.jpg
Tembok Besar China

Peperiksaan Awam


Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusateraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu pendidikan rendah, menegah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.
Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap satu ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah kedua pula layak menjadi pendidik. Peperiksaan awam tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun sementara peperiksaan awam tahap kedua dan tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.
peperiksaan awam: Peperiksaan ini dikendalikan dengan ketat. Mereka yang didapati meniru dikenakan hukuman mati. Untuk memastikan tidak berlaku penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan. Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam blilik dengan disediakan makanan, malah mereka dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho dari Pengalaman Falsafah Perang Sun Tzu


Terdapat satu lagi sumbangan penting tamadun Hwang Ho yang cuba digunakan sehingga hari ini, iaitu pengalaman falsafah perang Sun Tzu. Karyanya, the Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana menangani musuh telah diulang cetak ke dalam plebagai bahasa. Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

rb06531001.jpg
the Art of War

Sumbangan Tamadun Hwang Ho dari Segi Kepercayaan


Salah satu kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujuaan roh nenek moyang. Unsur pemujuan yang telah dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian masa. Misalnya, unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas dan barangan perhiasan. Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini. Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun. Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai. Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti uparaca perkahwinan, perburuan ataupun pengkebumian.
Yin dan Yang: Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi, iaitu Yin dan Yang. Yin ialah kuasa pasif dan Yang ialah kuasa aktif.
Feng Hsui: Falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar terutama tentang bagaimana manusia boleh hidup secara harmoni dengan alam sekitar.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho dari Sistem Tulisan


Salah satu sumbangan penting tamadun Hwang Ho ialah sistem tulisannya. Sistem tulisan ini berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini. Penggunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan. Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China. Malahan tulisan ini terus berkembang dengan penggunaanya oleh orang Korea dan Jepun.

chinese-b.jpg
Tulisan China

Sumbangan Tamadun Hwang Ho dari Segi Ekonomi


Dalam aspek ekonomi, banyak sumbangan telah dicapai. Salah satu aspeknya ialah pembinaan sistem pengairan. Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain menglakkan berlakunya banjir. Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut. Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Pada zaman ini juga petani juga mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.

mfaj085j0.jpg
Sistem Pengairan